Thursday, April 16, 2009

KEISTIMEWAAN DAN KEGUNAAN SIFAT MARAH



Sifat marah adalah salah satu sifat yang dimiliki oleh makhluk bernama manusia. Sehinggakan seseorang itu akan digelar ‘ Si Panas Baran ‘ kerana sifat amarah yang dimiliki tidak dapat dikawal atau dibendung. Sifat marah dicipta oleh Allah mempunyai keistimewaan dan keindahannya yang tersendiri bagi mereka yang benar-benar mengerti dan menghayati. Disebalik ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan sifat marah perlu pada sesuatu ketika.

Hadis riwayat Imam Ahmad

“ Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah “.

Didalam islam kita dianjurkan untuk mengawal perasaan marah bukan beerti kita perlu membuang terus sifat marah tersebut.

Mengawal kemarahan adalah dengan mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan marah agar ia tunduk kepada pertimbangan aqal dan suruhan syarak. Mengasuh dan mengajar perasaan agar tidak cepat melatah, mudah memberi kemaafan, menjauhi pertelingkahan dan perkara-perkara yang menyebabkan marah.

Hadis riwayat Al Tarmizi dan Ibnu Majah

“ Barang siapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahklannya, maka Allah S.W.T akan memanggilnya dihadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah S.W.T memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia suka “.

Mungkin anda tertanya-tanya bilakah sifat marah itu diperlukan ?. Sebenarnya sifat marah dicipta dan diperlukan ketika ingin memerangi musuh-musuh Allah, menghalang kekufuran dan kejahatan. Sifat marah juga perlu bagi mencegah perkara mungkar dan menyeru kepada perkara makruf.

Ketika mana pula sifat marah itu dilarang ?.
Sifat marah itu dilarang ketika marah yang disebabkan
oleh hawa nafsu yang mendorong pelakunya bersikap diluar batasan atau melampaui ketika dalam berbicara, memaki hamun, menyakiti sahabatnya dengan kata-kata yang kesat yang mana sikap-sikap buruk ini menjauhkan diri dari sifat kelembutan, sabar dan tenang.

Hadis riwayat Imam Ahmad

” Berikanlah kasih sayang, nescaya kalian akan dikasihi dan berikanlah keampunan, nescaya kalian akan diberi keampunan. Celakalah bagi orang-orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang-orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedang mereka mengetahui (larangan berbuat dosa itu) ”.

Hadis riwayat Muslim

” Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa) ”.

Islam menganjurkan beberapa perkara untuk membendung perasaan dalam keadaan marah :

1) Jika anda marah ketika sedang berdiri hendaklah anda duduk dan jika masih tidak kurang hendaklah duduk jika masih tidak kurang hendaklah baring.


Hadis riwayat Imam Ahmad

” Jika seseorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia baring ”.

2) Menganbil wuduk

Hadis riwayat Abu Daud

” Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorang kamu marah, maka ambillah wuduk ”.

3) Berzikir, bertasbih dan membaca al-Quran

Surah Ar-Ra’d ayat 28

” (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ’ zikrullah’. Ketahuilah ’ zikrullah ’ itu, tenang tenteramlah hati manusia ”.

Islam juga menyarankan beberapa perkara dalam mendidik hati agar sifat marah dapat ditundukkan atau dikawal.

1) Berdoalah kepada Allah agar menghilangkan sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mehmudah.

” Dan tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada ku nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk Neraka jahanam dalam keadaan hina ”.

2) Belajar dan mengingati akan kelebihan menahan marah.

3) Menanam sifat sabardan lemah lembut. Sentiasa mehasabah diri dan meningkatkan sifat-sifat terpuji.

Sahabatan sekalian, saya mengingatkan diri saya dan ingin mengajak sahabat semua merenungkan akan keistimewaan dan keindahan sifat sabar agar dapat dipraktikkan berlandaskan syariat islam.

Sabda rasullullah

” Janganlah kamu ketawa didunia, nanti kamu akan menangis di dalam neraka, lebih baik kamu menangis di dunia, supaya kamu tersenyum di syurga ”.

Monday, April 13, 2009

TAUBAT MENGHAMPIRKAN DIRI KEPADA ALLAH


Jemputan sakaratul maut kepada makhluk bernama manusia tidak pernah terlewat atau tercepat walau sesaat sekalipun. Kadangkala kita dijemput, sebelum sempat meyesali atau bertaubat. Setiap hari kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat. Sama ada dosa kecil atau besar. Maka saya ingin menasihati diri saya dan memberitahu sahabat sekalian tentang perlunya TAUBAT dalam setiap ketika dan masa.

Solat adalah salah satu ibadah yang mesti dilakukan kerana ianya memperbaharui keimanan kita apabila kita mengucap syahadat ketika bertahiyyat. Kealpaan dan kelalaian dalam menjalankan tuntutan syariat amat ketara diwaktu ini . Manusia sentiasa terdedah kepada khurafat dan syirik. Secara sedar atau tidak kadangkala kita kufur dengan perintah Allah.

Oleh itu kita dianjurkan untuk selalu bertaubat. Hadis riwayat Al Termizi :

” Semua anak Adam (manusia) itu, sering membuat kesalahan (dosa), dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu, ialah orang-orang yang suka bertaubat ”.

Apabila seseorang itu menyedari diatas perbuatan durhaka dan maksiatnya kepada Allah. Dan dia sedar diatas kesesatan dan kesalahannya, maka kembalilah semula kepangkal jalan dengan menghampiri Allah, bertaubatlah serta memohon keampunan dari Nya.

Janganlah pula kita merasakan bahawa kita tidak pernah melakukan dosa lantaran itu tidak perlu bertaubat.

Rasullullah S.A.W yang maksum (tidak melakukan dosa) yang mana syurga telah disediakan baginya, merupakan penghulu segala nabi, tetapi Rasullullah sentiasa juga melakukan taubat, didalam sehari semalam tidak kurang taubatnya sebanyak 70 atau 100 kali.

Hadis riwayat Imam Muslim :

” Wahai Manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah sesungguhnya aku beristiqfar tiap hari seratus kali ”.

” Sesungguhnya aku beristiqfar (memohon ampun) dan bertaubat kepada Allah tiap-tiap hari lebih daripada tujuh puluh kali ”.

Seorang yang maksum dan dijamin syurga padanya melakukan begitu bayak taubat. Bagaimana pula dengan kita ? dan adakah taubat kita sebenar-benar taubat dengan keikhlasan dan ketulusan.

Ada 3 syarat penting dalam melakukan taubat :

1) Hendaklah menghentikan maksiat yang dilakukan.
2) Menyesali akan kesalahan yang dilakukan dan merasa takut kepada Allah diatas kesalahan tersebut.
3) Berazam bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Dalam surah Al Furqan ayat 11

” Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) yang bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat ”.

Maka marilah kita bersama-sama bertaubat dengan taubat ”nasuha”. Lahirkan kekesalan dilubuk sanubari dengan membanyangkan betapa hebatnya siksaan Allah. Cetuskan sehingga hati kita terusik dan mata kita mengeluarkan air mata keinsafan.

Hadis riwayat Anas Bin Malek ;

” Tiada linangan air mata kerana takutkan kepada Allah melainkan Allah mengharamkan neraka untuk membakarnya ”.

Dan sabdanya lagi

” tiada titisan yang lebih disukai oleh Allah dari dua titisan 1) Titisan air mata ditengah malam yang gelap 2) Titisan darah dalam jihad fisabilillah ”.

Saya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian. Marilah kita bersama-sama memberikan sdikit masa dan ruang untuk muhasabah dan bertaubat kepada Allah setiap hari. Kerana kita akan dijemput pada bila-bila masa oleh malaikat maut yang sentiasa bersedia.



Surah At Tahrim ayat 8

” Bertaubatlah kamu kepada Allah, taubat nasuha (taubat yang bersungguh-sungguh) ”.





Surah An-Nur ayat 31

” Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berbahagia ”.

Ketahuilah Allah menerima taubat nasuha hambanya kecuali 2 sahaja :
1) Syirik
2) Kesalahan sesama manusia.

Surah Al Taubah ayat 104

” Apakah mereka tidak tahu bahawa Allah akan menerima taubat dari hamba-hambanya dan mengambil sedekah-sedekah, dan bahawasanya Allah adalah penerima taubat lagi amat penyanyang ”.


Akhirul kalam, saya menyeru diri saya dan sahabat sekalian marilah kita memohon kepada Allah, supaya kita dijadikannya orang yang suka dan banyak bertaubat. Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara.

Monday, April 6, 2009

Two Things :


1)Al-marhum Prof.Hamka menyatakan :

"Disaat engkau dilahirkan, engkau menangis dan orang lain tersenyum.
BERJUANGLAH! agar disaat engkau menghembuskan nafas terakhir,
engkau tersenyum dan orang lain menangis"





2)Berusahalah :

"A Winner never quit, But a quiter never win"

Wednesday, April 1, 2009

ADAKAH MALAYSIA “ NEGARA ISLAM ” SEBENAR

ADAKAH MALAYSIA “ NEGARA ISLAM ” SEBENAR

Manusia tidak akan berjaya membentuk kehidupannya diatas syariat jika masyarakat yang melingkunginya tidak dibina dengan acuan islam.

Saya katakan begitu kerana manusia secara tabienya adalah hidup bermasyarakat dan dicorakkan oleh masyarakat sekeliling. Untuk membentuk masyarakat dengan acuan islam secara berkesan, tidak akan Berjaya dengan hanya ucapan nasihat dan tunjuk ajar semata-mata.

Ianya memerlukan kuasa atau sebuah negara yang dapat membentuk masyarakat mengikut acuan yang dikehendaki, membantu perjalanan masyarakat dan mencegah penyelewengan.

Surah An-Nahl, ayat 41

“ (yaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan “.









Prof Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya ‘ Min Fiqhi al-Dawlah fi al-Islam’ menggariskan 8 perkara yang menjadi cirri-ciri atau identity penting sebuah Negara islam. Iaitu :

1) Negara madani yang menjadikan islam sebagai rujukan.
2) Negara sejagat ; iaitu negara yang berteraskan fikrah dan aqidah, bukan berteraskan bangsa/perkauman, warna kulit, bahasa dan sebagainya.
3) Negara yang menjadikan syariat Allah sebagai perlembagaan dan undang-undang.
4) Negara yang ditakbir dengan syura.
5) Negara yang menjadi hidayah kepada manusia, bukan negara pemeras rakyat.
6) Negara yang memelihara hak-hak golongan yang lemah, bukan hanya menjaga kepentingan golongan kaya.
7) Negara yang menjamin hak-hak dan kebabasan kepada rakyatnya.
8) Negara yang berpegang teguh dengan prinsip dan akhlak.

Surah Al-maidah ayat 44

” Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir ”

Surah Al-maidah ayat 45

” Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim ”


Ulama terdahulu dan terkemudian lebih ramai berpendapat atau masyhurnya menyatakan ” negara islam ialah negara yang diduduki oleh orang-orang islam dan berjalan padanya undang-undang /hukum-hakam islam dan selagi mana tidak berjalan padanya hukum-hakam islam maka ia bukanlah negara islam ”

Surah Al-Ahzab ayat 36

” Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata ”


Diantara pendapat-pendapat ulama yang lain adalah :

1) ” sesebuah negara itu menjadi negara kafir jika zahir (jelas nyata) hukum-hakam/undang-undang kufur dalam negara tersebut ” Imam Abu Yusuf, meninggal tahun 182 hijrah dan Imam Muhammad Bin al-Hasan asy-Syaibani meninggal 189 hijrah.

2) ” sesebuah negara itu dikatakan negara islam jika sekiranya zahir (yakni jelas kelihatan) islam didalamnya dan yang dimaksudkan zahir islam itu ialah zahir hukum-hakamnya. Sebuah negara akan menjadi negara islam dengan jelas kelihatan (perlaksanaan) hukum-hakam islam di dalamnya dan akan menjadi negara kufur jika sekiranya yang jelas kelihatan itu ialah hukum-hakam kufur ”. Imam ”Alauddin Abu Bakar Bin Mas’ud al-Kasani meninggal tahun 587 hijrah.

3) ”Negara islam (Dar al-islam) ialah setiap tempat/kawasan yang mana hukum-hakam islam nampak nyata didalamnya...Negara kafir (Dar al-Harb) ialah setiap tempat/kawasan yang mana hukum-hakam kufur nampak nyata didalamnya ”. Al-mausliat al-Fiqhiah (Ensiklopedia Fiqh) .

4) ”yang menjadi sandaran untuk membezakan negara (sama ada negara islam atau negara lainnya ) ialah (i) kekuasaan, dan (ii) perjalanan hukum-hakam/undang-undang. Jika kedua-duanya itu berwajah islam, maka negara itu adalah negara islam. Jika tidak berwajah islam maka negara itu adalah negara harb ”. Prof Dr wahbah az-zuhaili buku al-tsar al- Harb.

5) ”negara islam ialah negara yang berjalan di dalamnya hukum-hakam/undang-undang islam dan penduduk didalamnya, sama ada muslim atau zimmi beroleh keamanan berdasarkan pemerintahan yang dikuasai oleh kaum muslimin ”. Sheikh Abdul Wahhab Khallaf buku as-siyasah as-syar’iyyah.

6) ”perkiraan untuk menentukan sesuatu negara itu negara islam atau negara kufur hendaklah dilihat kepada dua perkara : 1) Pemerintahan berdasarkan hukum-hakam islam. 2) Kekuasaan dalam negara adalah milik kaum muslimin. Jika terdapat kedua-dua syarat ini dalam sebuah negara, maka negara itu adalah negara islam ”. Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani buku Asy-Syakhsiyyah al-islamiyyah.


Seorang ahli akedemik dan ulama islam kini, Prof Dr Muhammad Abd Rauf telah menulis dalam bukunya, Ummah : The Muslim Nation (terbitan DBP 1991) satu bab tentang konsep negara islam. Beliau telah mengemukakan enam rukun negara islam itu :

1) Meletakkan seorang pemimpin yang adil, berani dan mampu, cukup kuat ingatan/minda, berilmu pengatahuan luas (dunia dan akhirat), biasa dengan teknik-teknik peperangan dan mahir dalam pentadbiran. Dia adalah sebaik-baiknya dipilih bukan dilantik (ditetapkan oleh pihak lebih atas).
Tentang kewajaran dia dilantik, kebanyakkan fuqaha’ berpendapat (jika dilantik) bahawa dia hendaklah seorang yang dipatuhi dan di taati ke tahap (jika dibangkang) dia boleh melaksanakan juga peraturan-peraturan syariah dan mentadbir secara bebas. Kewajaran ini adalah untuk mengelakkan kacau bilau dan perpecahan di kalangan umat.

2) Hak membuat hukum dalam sebuah negara islam adalahmilik allah S.W.T (bukan milik dewan perwakilan rakyat atau majoriti 2/3. oleh itu undang-undang dalam negara islam hendaklah didominasi oleh undang-undang yang diwahyukan Allah S.W.T

3) Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya.

4) Keadilan untuk semua, persamaan di kalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul.

5) Menghormati (dan melaksanakan prinsip) hak persamaan sesama manusia dan semua hak-hak asasi manusia.

6) Mempunyai komitmen yang penuh terhadap syariat dan hukum-hakamnya.



Jadi adakah Malaysia boleh di katogorikan sebagai Negara Islam ? jika hanya Perkara 3(1) perlembagaan negara mencatatkan "Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan;tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".


Marilah kita sama-sama berfikir dan usaha membina negara islam sebenar.

Wallahua’lam.