Sunday, May 17, 2009

JADILAH GOLONGAN YANG SEDIKIT

Bersyukur yang tak terhingga kehadrat Allah S.W.T yang masih memberi rahmatNya untuk kita menjalani tugas sebagai khalifah, mengabdikan diri kepada allah. Dengan penuh keyakinan bahawa Allah yang maha pemurah akan menambah segala kekurangan bagi diri kita dan membuka segala hijap kepada perkara yang belum kita ketahui lagi.

Surah Al-An’am ayat 103

“ Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka turutlah kamu sekalian akannya dan janganlah kamu turutkan jalan-jalan yang lain nanti kamu terpisah dari jalan tuhan mu, itulah yang diperintahkan tuhan kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”.

Siapakah dia golongan yang sedikit ?. Diakhir zaman ini amat sedikit golongan yang bersyukur dengan sebenar-benarnya atas nikmat Iman dan Islam.

Dizaman Khalifah Umar al-khatab r.a, satu ketika terdapat seorang pemuda sedang duduk beribadat dekat ka’bah dengan terus menerus berdoa ” Ya Allah, jadikanlah saya masuk ke dalam golongan orang yang sedikit ”. Tatakala Amirul mukminim Umar Ibnu Khatab r.a mendengar permohonan ini maka beliau menyapanya ” hai pemuda, kenapakah anda memohon untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah kesemua orang berkehendak agar masuk kedalam golongan yang terbanyak (majoriti) sebab pada umumnya golongan yang terbanyak itu mempunyai kedudukan yang lebih bermakna ”. Pemuda itu menjawab, ” Bukankah anda pernah pernah membaca di dalam Al-quran surah Sabak ayat 13, ”sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur” ”. Maka selepas itu fahamlah akan saidina umar maksud doa pemuda tadi.

Sememangnya benar dalam kehidupan ini amat sedikit orang-orang yang mensyukuri nikmat allah dengan sebenar-benar syukur kerana kebiasaannya semakin banyak nikmat yangt diterima semakin sombong dan ingkar dia kepada sesama makhluk dan Allah.

Surah An nisak ayat 173 bermaksud,

” Ada pun orang-orang yang beriman dan beramal solih maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka daripada kurniaannya. Sebaliknya orang-orang yang enggan dan menyombong diri, maka Allah akan menyeksa mereka dengan siksaan yang pedih dan mereka tidak akan memperolehi bagi diri mereka pelindung dan penolong selain daripada Allah’.

Junaid Al-Baghdadi Rahimahulluhutaala pernah bertanya kepada Rasullullah S.A.W tentang makna SYUKUR lalu baginda menjawab,

” Iaitu menghabiskan tenaga pada menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah dihadapan tuhan (Allah) yang disembah ”.

Semoga ada manafaat yang boleh diambil.

No comments:

Post a Comment