Tuesday, December 30, 2008


Wasiat Imam Syafie

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makahendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA : HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan danberpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkankemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati danmerasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencingmerata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yangdizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihatmenasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dansanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARIAKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantuorang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokakhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantungkepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalammencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

1 comment: