Sunday, August 2, 2009

PERLUKAH CEMBURU ? JEALOUS ?


Aku kuat cemburu ? Perlu ke aku cemburu ? Atau adakah aku ade perasaan cemburu ?. Persoalan yg mungkin bermain didalam fikiran kita.

Cemburu merupakan salah satu sifat yg terdapat pada manusia samada lelaki atau wanita. Ramai yg menyatakan " CEMBURU ITU TANDA SAYANG " dan mengambil berat terhadap pasangan masing-masing. Jika itu maksudnya maka ia adalah sesuatau yg baik jika kene pada tindakannya. Walaubagaimanapun jika cemburu yang melampau-lampau boleh menggugat keharmonian sesebuah rumahtangga atau sebuah perhubungan. Cemburu keterlaluan boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan, perasaan syak wasangka buruk dan sentiasa ragu-ragu akan kejujuran.


H.R Jabir bin Atiik al-Ansharari

" Ada cemburu yg disukai oleh Allah, dan ada pula yang dibenci-Nya. Cemburu yang disukai oleh Allah S.W.T adalah cemburu kerana sesuatu yang haram, sedang cemburu yang dibenci oleh Allah adalah cemburu BUKAN kerana sesuatu yang haram ".

Cemburu boleh diklasifikasikan kepada dua, 1) Cemburu yang normal 2) Cemburu yang tercela.

Cemburu yang normal adalah perasaan cemburu yang tidak terlalu menguasai diri. Ia tidak akan menyebabkan timbulnya perasaan curiga keterlaluan dan prasangka buruk yang mana boleh memporak perandakan hubungan atau rumahtangga.

Cemburu tercela adalah cemburu yang menguasai diri sehingga sentiasa muncul prasangka buruk dan akan berlaku pertuduhan -pertuduhan tanpa sebarang penyelidikan atau kebenaran.

Surah al-Araf (200)

" Dan apabila kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui".

Setiap individu harus berusaha mengawal sifat cemburu yang melampau batas didalam diri. Diantara cara mengawal perasaan cemburu adalah :-

1) Tidak membiarkan diri dikuasai oleh prasangka yang dicipta oleh akal fikiran.

2) Berfikir secara logik dan tidak mengikut perasaan semata-mata.

3)Berusaha membuang prasangka-prasangka buruk dengan bersangka baik.

4)Berdoa dan berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan.

Surah al-ankabut (69)

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami dan sesungguhnay Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik ".

5) Tidak membuat ramalan atau andaian tanpa usul periksa.

6) Sentiasa berfikir positif dan percaya akan akibat drpd sifat buruk sangka dan cemburu berlebihan pasti akan menghancurkan perhubungan dan menghilangkan kebahagian .

7) Memuhasabah diri dan memdekatkan diri kepada Allah.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,

" Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun isteri Rasullullah S.A.W seperti cemburuku kepada Khadijah. Dia memang sudah meninggal dunia sebelum baginda mengahwiniku. Tetapi aku cemburu kerana aku mendengar baginda menyebut-nyebutnya, dan bagunda diperintahkan oleh Allah supaya memberinya khabar gembira bahawa dia mendapat sebuah istana di syurga, .... ".


Semoga ada pengajaran yang boleh diambil


Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment