Wednesday, April 1, 2009

ADAKAH MALAYSIA “ NEGARA ISLAM ” SEBENAR

ADAKAH MALAYSIA “ NEGARA ISLAM ” SEBENAR

Manusia tidak akan berjaya membentuk kehidupannya diatas syariat jika masyarakat yang melingkunginya tidak dibina dengan acuan islam.

Saya katakan begitu kerana manusia secara tabienya adalah hidup bermasyarakat dan dicorakkan oleh masyarakat sekeliling. Untuk membentuk masyarakat dengan acuan islam secara berkesan, tidak akan Berjaya dengan hanya ucapan nasihat dan tunjuk ajar semata-mata.

Ianya memerlukan kuasa atau sebuah negara yang dapat membentuk masyarakat mengikut acuan yang dikehendaki, membantu perjalanan masyarakat dan mencegah penyelewengan.

Surah An-Nahl, ayat 41

“ (yaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan “.









Prof Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya ‘ Min Fiqhi al-Dawlah fi al-Islam’ menggariskan 8 perkara yang menjadi cirri-ciri atau identity penting sebuah Negara islam. Iaitu :

1) Negara madani yang menjadikan islam sebagai rujukan.
2) Negara sejagat ; iaitu negara yang berteraskan fikrah dan aqidah, bukan berteraskan bangsa/perkauman, warna kulit, bahasa dan sebagainya.
3) Negara yang menjadikan syariat Allah sebagai perlembagaan dan undang-undang.
4) Negara yang ditakbir dengan syura.
5) Negara yang menjadi hidayah kepada manusia, bukan negara pemeras rakyat.
6) Negara yang memelihara hak-hak golongan yang lemah, bukan hanya menjaga kepentingan golongan kaya.
7) Negara yang menjamin hak-hak dan kebabasan kepada rakyatnya.
8) Negara yang berpegang teguh dengan prinsip dan akhlak.

Surah Al-maidah ayat 44

” Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir ”

Surah Al-maidah ayat 45

” Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim ”


Ulama terdahulu dan terkemudian lebih ramai berpendapat atau masyhurnya menyatakan ” negara islam ialah negara yang diduduki oleh orang-orang islam dan berjalan padanya undang-undang /hukum-hakam islam dan selagi mana tidak berjalan padanya hukum-hakam islam maka ia bukanlah negara islam ”

Surah Al-Ahzab ayat 36

” Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata ”


Diantara pendapat-pendapat ulama yang lain adalah :

1) ” sesebuah negara itu menjadi negara kafir jika zahir (jelas nyata) hukum-hakam/undang-undang kufur dalam negara tersebut ” Imam Abu Yusuf, meninggal tahun 182 hijrah dan Imam Muhammad Bin al-Hasan asy-Syaibani meninggal 189 hijrah.

2) ” sesebuah negara itu dikatakan negara islam jika sekiranya zahir (yakni jelas kelihatan) islam didalamnya dan yang dimaksudkan zahir islam itu ialah zahir hukum-hakamnya. Sebuah negara akan menjadi negara islam dengan jelas kelihatan (perlaksanaan) hukum-hakam islam di dalamnya dan akan menjadi negara kufur jika sekiranya yang jelas kelihatan itu ialah hukum-hakam kufur ”. Imam ”Alauddin Abu Bakar Bin Mas’ud al-Kasani meninggal tahun 587 hijrah.

3) ”Negara islam (Dar al-islam) ialah setiap tempat/kawasan yang mana hukum-hakam islam nampak nyata didalamnya...Negara kafir (Dar al-Harb) ialah setiap tempat/kawasan yang mana hukum-hakam kufur nampak nyata didalamnya ”. Al-mausliat al-Fiqhiah (Ensiklopedia Fiqh) .

4) ”yang menjadi sandaran untuk membezakan negara (sama ada negara islam atau negara lainnya ) ialah (i) kekuasaan, dan (ii) perjalanan hukum-hakam/undang-undang. Jika kedua-duanya itu berwajah islam, maka negara itu adalah negara islam. Jika tidak berwajah islam maka negara itu adalah negara harb ”. Prof Dr wahbah az-zuhaili buku al-tsar al- Harb.

5) ”negara islam ialah negara yang berjalan di dalamnya hukum-hakam/undang-undang islam dan penduduk didalamnya, sama ada muslim atau zimmi beroleh keamanan berdasarkan pemerintahan yang dikuasai oleh kaum muslimin ”. Sheikh Abdul Wahhab Khallaf buku as-siyasah as-syar’iyyah.

6) ”perkiraan untuk menentukan sesuatu negara itu negara islam atau negara kufur hendaklah dilihat kepada dua perkara : 1) Pemerintahan berdasarkan hukum-hakam islam. 2) Kekuasaan dalam negara adalah milik kaum muslimin. Jika terdapat kedua-dua syarat ini dalam sebuah negara, maka negara itu adalah negara islam ”. Syeikh Taqiyyuddin an-Nabhani buku Asy-Syakhsiyyah al-islamiyyah.


Seorang ahli akedemik dan ulama islam kini, Prof Dr Muhammad Abd Rauf telah menulis dalam bukunya, Ummah : The Muslim Nation (terbitan DBP 1991) satu bab tentang konsep negara islam. Beliau telah mengemukakan enam rukun negara islam itu :

1) Meletakkan seorang pemimpin yang adil, berani dan mampu, cukup kuat ingatan/minda, berilmu pengatahuan luas (dunia dan akhirat), biasa dengan teknik-teknik peperangan dan mahir dalam pentadbiran. Dia adalah sebaik-baiknya dipilih bukan dilantik (ditetapkan oleh pihak lebih atas).
Tentang kewajaran dia dilantik, kebanyakkan fuqaha’ berpendapat (jika dilantik) bahawa dia hendaklah seorang yang dipatuhi dan di taati ke tahap (jika dibangkang) dia boleh melaksanakan juga peraturan-peraturan syariah dan mentadbir secara bebas. Kewajaran ini adalah untuk mengelakkan kacau bilau dan perpecahan di kalangan umat.

2) Hak membuat hukum dalam sebuah negara islam adalahmilik allah S.W.T (bukan milik dewan perwakilan rakyat atau majoriti 2/3. oleh itu undang-undang dalam negara islam hendaklah didominasi oleh undang-undang yang diwahyukan Allah S.W.T

3) Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya.

4) Keadilan untuk semua, persamaan di kalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul.

5) Menghormati (dan melaksanakan prinsip) hak persamaan sesama manusia dan semua hak-hak asasi manusia.

6) Mempunyai komitmen yang penuh terhadap syariat dan hukum-hakamnya.



Jadi adakah Malaysia boleh di katogorikan sebagai Negara Islam ? jika hanya Perkara 3(1) perlembagaan negara mencatatkan "Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan;tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".


Marilah kita sama-sama berfikir dan usaha membina negara islam sebenar.

Wallahua’lam.

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete