Islam, Iman dan Ihsan adalah 3 tunjang utama yang perlu ada didalam diri setiap individu islam.
Kita amat bertuah (Bangsa Melayu di Malaysia) kerana dilahirkan dalam bangsa yang menjadikan islam sebagai ad-din dalam kehidupan. Tetapi adakah kita menjaga islam yang dianugerahkan Nya dengan sebaik-baiknya atau islam yang kita anuti hanya sekadar pada nama ?.Adakah islam itu hanya dipraktikkan pada sesetengah perkara sahaja seperti nikah kahwin .
Persoalan yang saya ingin bawakan adalah sejauh mana kita menjaga keislaman kita, adakah kita kita masih islam sebenar atau adakah islam kita SUDAH TERBATAL . Lantaran kesibukan dunia yang membataskan kita untuk memuhasabah diri dan bertaubat.
Antara 10 perkara yang membatalkan islam dan paling kerap berlaku adalah :
1) Syirik dalam ibadat kepada Allah
Firman allah
” Bahawasanya barangsiapa mempersekutui sesuatu dengan Allah maka sesungguhnya Allah haramkan keatasnya syurga dan tempat duduknya ialah neraka ”
Mereka yang termasuk dalam golongan ini adalah mereka yang memohon hajat kepada orang yang sudah mati dan meminta pertolongan dengan mereka (selain Allah) serta memberi nazar atau sembelihan kepadanya.
2) Barangsiapa yang menjadikan diantaranya dengan Allah orang-orang perantaraan (orang tengah) kepadanya dipohon hajat, diminta syafaat dan menyerah segala-galanya harapan kepadanya. Maka sesungguhnya kafirlah dia.
3) Barangsiapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyirikin atau ragu-ragu tentang kekafiran atau menganggap agamanya betul, maka jadi kafir lah dia.
” Sesungguhnya din disisi Allah adalah Islam”
Menyakini bahawa hanya islam agama yang hakiki dan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah.
4) Barangsiapa yang mengiktiqadkan bahawa petunjuk yang lain dari petunjuk yang dibawa oleh Nabu Muhammad S.A.W lebih sempurna dari petunjuk Nabi atau hukum ciptaan manusia lebih bagus dan baik daripada hukum Allah seperti orang-orang yang mengutamakan hukum Thoghut daripada hukum Allah maka ia adalah kafir dia.
Antara perkara-perkara yang termasuk dalam perkara yang keempat ini adalah :
a- Iktiqad bahawa sistem dan undang-undang ciptaan manusia lebih utama daripada syariat islam atau sistem islam tidak layak dilaksanakan lagi dalam kurun atau abad ini atau menyatakan islam menyebabkan kemunduran umat islam.
b- Berpendapat perlaksanaan hukum-hukum Allah umpama hukum hudud iaitu potong tangan atau rejam tidak sesuai lagi dizaman sekarang.
5) Barangsiapa benci serta menolak kepada sesuatau yang dibawa oleh Rasullullah S,.A.W kerana perkara itu di syarakkan.
6) Barangsiapa yang mempersendakan sesuatau yang ditetapkan oleh Allah dan rasulnya
Firman Allah ayat 66 Surah al-Taubah
” katakanlah, apakah kamu telah mempersenda-sendakan Allah, ayat-ayatNya dan juga rasulNya, dan tidak usahlah lagi kamu pohon ampun, kerana sesungguhnya kamu telah kafir selepas kamu beriman ”.
7) Mengamalkan sihir contohnya sihir pembenci iaitu memaling kasih sayang seorang suami terhadap isterinya kepada benci atau sihir pengasih iaitu menarik seseorang supaya mengasihi sesuatu yang tidak mengemarinya dengan menggunakan cara syitan.
8) Memberi sokongan kepada orang-orang musyirikin dan membantu mereka dalam menentang orang-orang islam.
Surah al-Maidah ayat 51
” dan barangsiapa yang menghulurkan tali persahabatan memberi kerjasama atau membantu mereka diantara kamu, maka adalah ia termasuk ke dalam golongan mereka, bahawa sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan orang-orang zalim ”.
9) Barangsiapa mengiktiqadkan bahawa tidak menjadi salah bagi sebahagian daripada manusia keluar daripada syariat islam, maka orang yang mengiktiqadkan itu adalah kafir.
Surah al-Imran ayat 85
” Barangsiapa yang menuntut selain daripada islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak diterima daripadanya dan dihari akhirat nanti termasuk kedalam golongan orang-orang yang rugi”.
10) Barangsiapa yang menolak dan melepaskan diri dari agama Allah secara menyeluruh atau daripada sebahagian, tampa mempelajari dan tidak mengejakan nya.
Saya mengingatkan diri saya dan mangajak sahabat sekalian bersama-sama merenung dan muhasabah diri kita. Adakah keISLAMan kita sudah terbatal ?. Jika ya....marilah kembali kejalan yang benar menurut syariat islam(Al Quran & Sunnah).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment