Wednesday, May 13, 2009
UJIAN DAN DUGAAN
Dalam menempuh hari – hari menjadi khalifah dimuka bumi ini, kita perlu sedar bahawa adanya ujian, dugaan atau bala yang ditimpa berdasarkan ketebalan dan darjat iman dan keyakinan seseorang insan yang menanggung amanat sebagai khalifah.
Surah Al-An’am ayat 120 bermaksud
“ dan dialah yang menjadikan kamu khalifah dibumi dan ia mengankat darjat-darjat sebahagian kamu di atas sebahagiannya, untuk ia menguji kamu tentang apa yang telah mendatangkan kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu itu lekas siksaannya, tetapi sesungguhnya iaitu pengampun dan penyanyang “.
Saya ingin mengingati diri saya dan mengajak sahabat sekelain untuk memuhasabah diri dengan segala ujian dan dugaan yang menimpa agar dengan ujian itu dapat meningkatkan dan mendekatkan diri kita kepada Allah.
Hadis riwayat Al- tarmizi yang bermaksud
“ Orang yang paling keras dan hebat menerima dugaan itu ialah para ambia, kemudian diikuti oleh seperingkat lepas seperingkat yang hampir dengan para ambia. Seseorang itu teruji menurut keteguhan dia memeluk agamanya, kalau ia berpegang teguh kepada agamanya ia akan menerima dugaan yang hebat dan kalau longgar dia berpegang kepada agamanya Allah akan menduganya menurut sebagaimana keyakinan agamanya. Allah taala tetap akan menurunkan bala kepada hambanya sehingga ia berjalan diatas muka bumi tidak menanggung dosa lagi “.
Diantara tujuan ujian, dugaan atau bala itu diturunkan / ditimpa :
Pertama
Menyaring dan menggilap keimanan.
Surah Al-Imran ayat 141
” Dan kerana Allah hendak menyaring mereka yang beriman dan hendak menhapuskan kekafiran ”.
Orang-orang yang beriman akan diuji dengan berbagai-bagai dugaan penderitaan, kesempitan dan malapetaka sehingga dapat diketahui hakikat dirinya yang sebenar.
Kedua
Meningkatkan darjat dan menghapus kejahatan
Sabda Rasullullah yang bermaksud
” Bala itu tetap akan menimpa orang beriman lelaki dan perempuan, mengenai dirinya, amalannya dan hartanya sehinggalah dia menemui Allah tidak berdosa lagi ”.
Ketiga
Menguji dan menyingkap hakikat insan. Didalam kehidupan ini, insan dicuba sehingga tersingkap dan jelas hakikat kemanusiaannya.
Surah Al-Imran ayat 179 bermaksud
” Allah tidak akan membiarkan mukmin atas keadaan yang kamu ada padanya sehingga ia bezakan yang buruk dari yang baik ”.
Keempat
Membentuk peribadi. Penderitaan, kesusahan dan kesempitan adalah merupakan unsur-unsur yangmembentuk peribadi manusia.
Sesungguhnya Ujian dan Cubaan itu perlu dilihat dari sudut yang positif agar ianya dapat miningkatkan darjat dan keimanan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment