Wednesday, October 7, 2009

Akal Fikiran Itu Lemah ? & Perlukan Bimbingan ?

Percayakah sahabat semua bahawa akal fikiran manusia adalah LEMAH. Sesetengah mereka yang merasakan diri mereka genius, berpendidikan tinggi dan mempunyai akal yang hebat seringkali lupa bahawa akal sebenarnya mempunyai keterbatasan terutamanya dalam berfikir..

Akal memerlukkan bimbingan dan panduan. Akal tidak mampu menjadi undang-undang yang sempurna dan mutlak bagi dilaksanakan untuk memenuhi semua bangsa, golongan, keadaan dan tempat. Apakah pembimbing akal ?. Tanpa bimbingan, manusia akan hidup dalam kehinaan, perkelahian yang tiada noktah, kehidupan tanpa arah dan kehancuran diri, bangsa, negara dan dunia.

Charles Darwin didalam evolusi manusia, beliau telah buntu membuat keputusan telah menganggap manusia berasal dari keluarga monyet. Sehingga sekarang, teori beliau telah ditolak kerana keterbatasan berfikir. Diantara kelemahan akal adalah :-

1- Kebenaran Yang Tidak Mutlak

Akal tidak mampu memberi kebenaran yang mutlak. Akal sekadar mampu memberi kebenaran yang sesuai pada waktu dan tempat yang tertentu. Ini kerana akal hanya bersifat relatif.

2- Kelainan Antara Pemikir-Pemikir

Akal fikiran manusia mempunyai konsep berlainan dan berbeza diantara satu sama lain dan tidak sama tentang menentukan nilai-nilai hidup atau menetukan baik dan buruk. ”BAIK” pada seseorang atau masyarakat mungkin ”TIDAK BAIK” pada oranglain dan masyarakat lain.

3- Akal Manusia Sentiasa Berubah

Akal manusia sentiasa berubah dan dipengaruhi berbagai faktor seperti pengalaman, pengatahuan, penemuan baru dan sebagainya. Ini kerana proses manusia berfikir adalah proses yang berterusan. Oleh itu setiap buah fikiran seseorang akan sentiasa mengalami perubahan jika difikirkan orang lain.

Oleh kerana itulah ideologi undang-undang dan peraturan yang dicipta atau dibuat oleh manusiaselalu berubah dan perlu diubah serta berlaku tokok tambah dari masa kesemasa. Bahkan mungkin perlu dibuang terus kerana tidak relevan dengan masa.

4- Terpengaruh Oleh Faktor-Faktor Lain.

Akal fikiran manusia terdedah untuk dipengaruhi oleh hawa nafsu, perkauman kepentingan peribadi, keluarga, bangsa dan sebagainya. Keadaan ini tidak mampu untuk memberi dan menegakkan keadilan yang hakiki.

5- Keterbasan Akal

Akal fikiran manusia sangat terbatas. Ia tidak mampu membuat ramalan tepat atau menentukan peristiwa yang akan berlaku. Akal fikiran juga tidak dapat menetukan sesuatu yang diperlukan dan boleh diterima guna oleh semua manusia.

Oleh kerana itulah akal memerlukan bimbingan. Pembimbing akal adalah AL-QURAN yang bukan dicipta oleh manusia. Ia diturunkan untuk seluruh umat manusia, tidak kira bangsa, golongan, tempat, masa dan umur melalui rasul Nya bernama Muhammad. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud,

” Jika engkau berbalah-balah mengenai sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Al Quran”.

Nabi pernah bersabda mafhumnya

" telah aku tinggalkan dua perkara kepada kamu. kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepad keduanya - kitabullah dan sunnah ku" .


Marilah kita mendalami Al Quran untuk membimbing akal agar setiap sesuatu yang dibuat dan dilaksanakan berdasarkan kehendak Nya.

1 comment:

  1. SALAM

    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN



    apa akan jadi kalau
    HILANG A.K.A.L

    ReplyDelete