Sunday, October 18, 2009

Syariat Islam Didahulukan, Membina Muslim Sejati Diutamakan




Manusia semakin terkeliru tentang keutamaan yang perlu dicari didalam kehidupan. Dalam kesibukan mengejar pembanggunan, kemewahan, pangkat, harta dan kuasa seringkali ” matlamat menghalalkan cara”.


Kesengsaraan akan siksaan neraka ditulikan seolah-olah tidak akan berlaku dan kenikmatan kehidupan syurga yang dijanjikan oleh Allah dipandang sepi kerana keseronokan dunia. Mengapa perkara ini berlaku ?. Ini kerana kita sebagai makhluk tidak meletakkan SYARIAT islam iaitu kitabullah ”Al Quran” dihadapan mengatasi keperluan lain. Maka lahirlah masyarakat jahilliah moden (http://rahmatdait.blogspot.com/2009/03/masyarakat-jahilliah-moden-di-malaysia.html). Masyarakat atau bangsa yang akan binasa, tidak berjaya dan menderita bukan sahaja didunia bahkan dialam akhirat kelak.

Ingatlah, kita semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan berlandaskan kitabullah ”Al Quran”. Pemimpin yang ingkar akan membawa kebinasaan (http://rahmatdait.blogspot.com/2009/03/unobidient-leader-will-lead-to.html) .

Islam itu lengkap, Islam telah menggaris semua cara kehidupan dan peraturan. Tiada perundangan lain yang lebih sempurna melainkan perundangan Allah. Dia lah pencipta makhluk bernama manusia dan tidak mungkin akal fikiran manusia mengatasi segala hukum yang digariskan didalam kitabullah ”Al Quran”.

Kita mesti yakin dengan islam. Keyakinan perlu dibentuk dengan mendalami ilmu Islam. Janganlah kita berpuas hati dan hanya berpegang dengan ilmu islam yang kita belajar disekolah rendah dan menengah dahulu. Rasullullah SAW bersabda dengan memberi jaminan bahawa hanya dengan mematuhi syariat islam kita akan berjaya dan tidak sesat didunia ini

" telah aku tinggalkan dua perkara kepada kamu. kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepad keduanya - kitabullah dan sunnah ku"

Surah Al-Ahzab ayat 36

” Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata ”

Apabila keislaman, keimanan dan amalan berlandaskan syariat islam maka akan lahirlah muslim sejati. Akan lahirlah pemimpin islam sebenar yang mendahulukan syariat. Akan lahirlah sebuah Negara Islam yang sebenar yang berpandukan Al Quran (http://rahmatdait.blogspot.com/2009/04/adakah-malaysia-negara-islam-sebenar.html)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemim pinan nya, maka Imaam yang memimpin manusia adalah pemimpin akan ditanya tentang kepemimpi nannya, dan seorang laki-laki (suami) adalah pemimpin atas keluarga rumah tangganya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya, dan perem puan (isteri) adalah pemimpin atas harta suaminya dan anaknya dan dia akan ditanya tentang kepe mimpinannya, dan seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya. Ketahuilah maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemimpinannya.” (HR.Al Bukhari)

Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

1) Iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua,
2) Masa sihat mu sebelum datang masa sakit,
3) Masa kaya mu sebelum papa,
4) Masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan
5) Masa hidup mu sebelum datang saat kematian.

Semoga Islam Terus Bersinar ...........

No comments:

Post a Comment