Wednesday, March 25, 2009

BERJUANG UNTUK MU




Sedih, pilu dan kecewa...
Tatakala perjuangan untukmu....dipinggirkan....diabaikan....dibelakangkan...
Masih adakah pejuang-pejuang setia mu....
Melaungkan kesetiaan tampa batasan....
Menjadikan syahid sebagai impian....


Wahai pejuang-pejuang...
Coretkan pena mu...
Mainkan jemari mu...
Keluarkan kalimat dari mulut mu...
Katakan kepada yang bisa mendengar...
Tunjukkan kepada yang bisa melihat...
Lontarkan kepada yang bisa berfikir...

Hanyasanya aku berjuang untuk mu......ISLAM......kerana mu ....YA RAHMAN...YA RAHIM

Monday, March 23, 2009

ADAKAH MALAYSIA MENGAMALKAN SISTEM POLITIK ISLAM

ADAKAH MALAYSIA MANGAMALKAN SISTEM POLITIK ISLAM

Di antara prinsip politik Islam ialah:

1. Al-Hakimiah al-Ilahiah (Kedaulatan hanya milik Allah).
Ia meliputi beberapa asas iaitu:
a. Tauhid
b. Risalah
c. Khilafah

a) Tauhid

i- Allah adalah Pencipta alam semesta dan pencipta segala sesuatu untuk kepentingan manusia.

ii- Allah adalah Pemilik makhluk, Dialah Penguasa dan Pengurus kepada segala urusan.

iii- Al-Hakimiah Al-Ilahiah (kekuasaan dan kedaulatan hukum) hanya bagi Allah.

b) Risalah

i- Rasul adalah wakil Allah yang tertinggi di bidang perundangan.

ii- Segala perintah dan larangan Rasulullah wajib diikuti.

iii- Undang-undang tertinggi adalah yang datang dari Allah (Al-Quran) dan Rasulullah (Al-Sunnah).

c) Khilafah

i- Manusia tidak memiliki kerana yang memiliki adalah Allah.

ii- Manusia tidak boleh bertindak sesuka hati dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

iii- Manusia tidak boleh melampaui batas-batas amanah yang diberikan.

iv- Dalam melaksanakan tugas matlamatnya tidak lain melainkan untuk memenuhi perintah dan kehendak pemberi amanah.

2. Keadilan:
Setiap individu baik rakyat biasa mahupun pemimpin mempunyai kedudukan yang sama dari segi undang-undang .

3. Persamaan:
Semua manusia dalam negara memiliki persamaan dalam hak-hak dengan sempurna tanpa mengira warna kulit, suku bangsa, keturunan dan bahasa pertuturan. Tidak ada seorang pun atau mana-mana kelompok dan suku keturunan yang mempunyai hak-hak keistimewaan atau berbezaan dari segi kedudukan

4. Amanah dan Tanggungjawab:
Pemerintahan, kekuasaannya dan kekayaan adalah amanah Allah dan kaum Muslimin yang mesti diserahkan kepada mereka yang takut kepada Allah, bersifat adil dan benar-benar beriman. Oleh yang demikian tidak ada seorang pun yang berhak menggunakannya untuk mengaut keuntungan dan memenuhi kepentingan peribadi.

5. Bai’at dan ketaatan: .
Dasar ini memberi erti bahawa setiap perintah yang dikeluarkan oleh pemerintah hendaklah ditaati oleh rakyat selagi ia bertepatan dengan syariat Allah.

6. Amar Makruf dan Nahi Mungkar:
setiap individu dalam masyarakat Islam memiliki hak bahkan wajib mengatakan yang benar, menyeru yang makruf, membela dan mempertahankan kebaikan, berusaha bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran serta menghukum kebatilan

ASAS PEMBENTUKAN NEGARA YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH SAW.

i- Kesetiaan kepada Umah (Islam) menggantikan kesetiaan kepada kabilah.

ii- Persaudaraan seagama merupakan asas kepada sistem kemasyarakatan.

iii- Menyatukan dalam satu masa urusan dunia dan agama dalam pemerintahannya.

iv- Amalan syura di antara pemerintah dan rakyat merupakan cara yang paling utama bagi menjaga keharmonian masyarakat dan negara.

MATLAMAT PEMERINTAHAN ISLAM

a) Menjaga agama

i. Melindungi kesuciannya.
ii. Melaksanakan segala perintah Allah

b) Mengatur urusan dunia dengan cara

i- Menegakkan keadilan di kalangan rakyat.
ii- Mewujudkan keamanan dan ketenteraman.
iii- Menyediakan kemudahan awam.
iv- Melaburkan hasil negara untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

A) Khilafah

i. Khilafah ialah sistem pemerintahan Islam itu pengganti bagi Rasulullah SAW.

ii. Wajib bagi umat Islam melantik khalifah

iii. Syarat-syarat seorang khalifah :

a) Muslim
b) Lelaki
c) Mengetahui hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan tugasnya.
d) Adil di dalam agama

B) Syura

a. Konsep Syura ialah menggunakan pelbagai pandangan untuk mencapai hakikat sesuatu perkara atau menyelesaikan sesuatu masalah.

b. Tujuan Syura:

Bertujuan menyelesaikan urusan-urusan pemerintahan yang berkaitan dengan perancangan strategi, perang, damai dan sebagainya.

c. Syarat anggota syura :

a) Adil
b) Berilmu
c) Bijaksana dan luas pandangan.
d) Kedaulatan Dan Ketundukan Kepada Kekuasaan Islam


KONSEP NEGARA ISLAM

i. Negara Islam adalah negara yang melaksanakan segala peraturan dan pentadbirannya berdasarkan kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

ii. Ketua pemerintah dan rakyat mestilah tunduk kepada perlaksanaan hukum Allah tanpa sebarang perbezaan.

PERBEZAAN SYURA DAN DEMOKRASI

i. Dalam demokrasi barat kedaulatan adalah di tangan rakyat. Merekalah yang menentukan kepimpinan dan menggubal undang-undang. Sedangkan dalam syura kedaulatan adalah di tangan Allah.

ii. Demokrasi Barat, rakyat atau wakil mereka menggubal undang-undang dan merekalah yang melaksanakan sedangkan dalam Islam hak menggubal undang-undang adalah milik mutlak Allah, manakala pemerintah dan rakyat hanya pelaksana.

iii.Dalam demokrasi kerajaan berusaha memenuhi kehendak rakyat untuk memenangi hati mereka. Dalam sistem syura kerajaan dan rakyat sama-sama bertanggungjawab memenuhi kehendak dan perintah Allah.

Pada pendapat saya, Malaysia tidak mengamalkan sistem politik islam dan apa pendapat anda.

Adakah Malaysia sebuah negara Islam ?

Monday, March 16, 2009

Seksaan meninggalkan solat

SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT
(Didalam kitab IRSYADUL ABAD SABILIRRASYAD oleh syeikh Zainuddin al-malabari)

6 seksaan didunia.

1.Allah mengurangkan berkat umurnya
2.Allah tidak mempermudahkan rezkinya didunia
3.Allah hilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
4.Ia tidak mempunyai tempat dalam islam
5.amal kebajikan yg dilakukannya tidak mendapat pahala.
6.Allah tidak terima doanya.

3 seksaan ketika mati

1.Orang itu akan mati dalam keadaan yg hina
2.Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3.Mati dalam keadaan yg amat dahaga walaupun diberi minumdgn banyaknya.

3 seksaan dlm kubur

1.Allah sempitkan kuburnya sesempit-sempit.
2.Allah akan gelapkan kuburnya
3.Allah akan siksa ia hingga hari kiamat.

3 seksaan ketika bertemu Allah.

1.Dihari kiaamat dia akan dibelenggu oleh malaikat
2.Allah tidak akan memandangnya dgn pandangan yg belas ihsan.
3.Allah tidak kan ampunkan dosanya dank an diazab dlm neraka dgn azab yg keras.

WAHAI SAHABAT SEISLAM KU MARILAH KITA MENJAGA SOLAT.
SOLAT ITU TIANG AGAMA.AKHIR ZAMAN INI RAMAI MANUSIA MELUPAKAN SOLAT KERNA MENGEJAR KEDUNIAAN.MARILAH KITA KEMBALI KEJALAN ALLAH SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA.
INGAT!!! JANJI ALLAH AKAN SEKSAANNYA ITU BENAR.

Wednesday, March 11, 2009

MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI

MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI

Didalam menjalani atau meniti kehidupan, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pemilihan SAHABAT atau KAWAN yang rapat. Ini kerana sahabat akan mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebagai contoh yang mudah sekiranya kita berkawan dengan perokok maka sedikit sebanyak kesan dari keburukan merokok akan di perolehi dan mungkin kita juga menjadi perokok. Sekiranya kita berkawan dengan ulama atau ilmuan mungkin kita akan dapat manafaat ilmu nya setidak-tidaknya keberkatan amalan nya.

Kalimat Melayu ada menyatakan “ Kawan Biar Seribu, Kekasih Biar Satu”. Didalam Islam kita digalakkan menyambung silaturrahim sesama islam tetapi kita perlu teliti dan tegas dalam memilih sahabat dan kawan. Ini kerana sahabat yang baik akan dapat mendoakan kesejahteraan sahabatnya dan sahabat munafik menarik kearah neraka.

H R Al-Hakim

Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan Sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya ”.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang yang boleh membimbing dan membawa kearah kebaikan serta menambah keyakinan kita kepada Allah. Maka berhati-hatilah memilih sahabat. Jenis sahabat yang perlu di jauhi ;

1) Yang mempunyai sifat tamak
- pentingkan diri, banyak meminta daripada memberi serta kedekut.
2) Yang suka kepada perkara lara
- Menyukai keseronokan dunia seperti hiburan yang melalaikan, berpesta, membuang masa melepak dan merayau
3) Yang mengamalkan sifat boros
- Orang yang suka membazir itu adalah sahabat syitan
4) Yang suka mengampu dan hipokrit
- Sikap mengampu adalah sifat yang suka berpura-pura. Berkata Baik didepan dan
mengutuk dibelakang.
5) Yang suka kepada kemungkaran
- Menolak al quran dan sunnah rasullullah.



H R al-Bhukhari yang bermaksud ; Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.

Disebalik memilih sahabat kita perlu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Kadangkala kita mengharap yang terbaik tetapi kita tidak lakukan yang terbaik. Untuk menjadi sahabat yang baik kita perlu :



1) Melindungi sahabat yang berbakti kepada kita
2) Membalas balik persahabatan dengan ikhlas jika dia ingin bersahabat dengan mu
3) Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan bantuan
4) Menerima dengan baik jika sahabatmu menhulurkan kebaikan
5) Menghargai atau menyebut kebaikan sahabatmu
6) Menutup keburukan sahabatmu
7) Menayakan kesusahan sahabatmu jika dia berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
8) Meringankan kesusahan sahabatmu Jika datang sesuatu bencana menimpa nya
9) Membenarkan perkara yang benar dan menegur dengan bijak perkara yang salah
10) Membantu sahabatmu jika ia merancang sesuatu untuk kebaikan.
11) Lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
12) Membantunya menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13) Mendorongnya mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sepotong hadis rasullullah s.a.w menyebut “ Barang siapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”.

Marilah kita cuba berusaha mengubah diri agar Islam Terus gemilang.



Buat semua sahabat ku..........Anda adalah sahabat yang sejati.

Thursday, March 5, 2009

Masyarakat Jahilliah Moden Di Malaysia

Masyarakat Jahilliah Moden Di Malaysia

Bunyinya agak kasar tetapi itulah hakikat kebenaran yang perlu diakui. Masyarakat jahilliah moden bukan sahaja di Malaysia dan disebahagian dunia juga.

Jahilliah dari segi kepercayaan keyakinan dan perasaan ialah menolak tidak mahu menerima petunjuk Allah dan percaya kepada Nya. Dari segi susunan peraturan dan perjalanan ialah menolak tak mahu menerima peraturan susunan hukuman yang diturunkan.

Amalan jahilliah terus diamalkan dengan berkiblatkan kan barat dan undang-undang ciptaan manusia yang diterajui oleh orang-orang yang ingkar dengan perintah Allah.
Kejadian samun, rogol dan samseng menjadi rutin berita diakhbar-akhbar. Seks bebas menjadi satu amalan yang tidak dapat dibendung lantaran tuntutan nafsu dan keinginan. Pembunuhan dan pembuangan anak seperti tidak menjadi satu kesalahan. Yang berkuasa menindas yang lemah. Dimanakah perginya ketakutan manusia kepada undang-undang sekular sekarang ?. Dimanakah keberkesanannya ?.

Surah Al maidah ayat 50 yang beerti Adakah mereka mahu hukuman jahilliah ? Siapakah yang baik hu

kuman daripada Allah bagi kaum yang yakin (percaya).

Dari keyakinan dan amalan inilah dapat ditentukan sejauh mana jahilliahnya sesebuah masyarakat. Amat dikesali apabila umat islam sendiri kurang keyakinan dengan undang-undang Allah.


Abad yang mengagung-agungkan dengan kemodenan dan kemajuan. Berpendidikan tinggi dalam kajian-kajian sains dan teknologi, pakar ekonomi serta perundangan. Maka lahirlah pemimpim-pemimpim dan professional-professional yang gah dengan ilmu dunia tetapi tandus dan kering dengan ilmu islam yang sempurna. Apabila tunjang pemikiran terpesong maka lahirlah masyarakat atau ganerasi jahilliah yang akan membinasakan masyarakat dan ganerasi sendiri.

Sebagai muslim dan mukminmarilah kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab kita agar kejahillan yang diwarisi ditukar dan diubah. Kita semai keyakinan islam yang tinggi kepada generasi baru dan lama agar pemimpin dan professional yang lahir boleh melaungkan ” TIADA HUKUM DAN PERUNDANGAN YANG SEBENAR-BENARNYA SELAIN AL-QURAN DAN SUNNAH ” .

Surah ali-imran ayat 110 bermaksud ” kamu (wahai umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia seluruhnya, (kerana) kamu melaksanakan Amru-makruf dan mencegah kemungkaran serta kamu pula beriman dengan Allah (dengan sebenar-benar iman) ”.

Kejahillan dan keraguan tentang kemampuan sistem islam berpunca daripada mendalamnya sistem pendidikan sekular yang telah memisahkan agama dengan negara. Memberatkan dunia dan kemodenan daripada kefahaman tentang islam dan iman.

Monday, March 2, 2009

Unobedient Leader Will Lead To Destruction

Pemimpin Yang Ingkar Membawa Kepada Kebinasaan

Setiap manusia atau khalifah dimuka bumi mempunyai tanggungjawab dalam kepimpinan. Pemerintah adalah pemimpin bagi sesebuah negara, bapa adalah pemimpim bagi keluarga, Ibu pemimpin bagi anak2, lelaki pemimpin bagi wanita, guru pemimpim bagi murid, abang pemimpin bagi adik dan banyak lagi.

أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَاْلإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemim pinan nya, maka Imaam yang memimpin manusia adalah pemimpin akan ditanya tentang kepemimpi nannya, dan seorang laki-laki (suami) adalah pemimpin atas keluarga rumah tangganya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya, dan perem puan (isteri) adalah pemimpin atas harta suaminya dan anaknya dan dia akan ditanya tentang kepe mimpinannya, dan seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya. Ketahuilah maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemimpinannya.” (HR.Al Bukhari dari Ibnu Umar, Shahih Al-Bukhari dalam Kitabul Ahkam: IX/77, Muslim, Shahih Muslim:II/125, Abu Dawud, Sunan Abu Dawud:II/130 dan At-Tirmidzi, Sunan At-Tirmidzi: IV/180. Lafadz Al-Bukhari)

Seorang kawan saya (non muslim) bertanya, “Kenapakah kita diciptakan didunia ini ?” satu persoalan yang sepatutnya semua muslim dan mukmin perlu tahu jawapannya. Tidak kira sama ada kita anak kepada raja, sultan, pemerintah, rakyat biasa, orang kaya atau miskin…asalkan kita bergelar manusia, kita telah diberi amanah oleh Allah untuk menguruskan kehidupan diatas muka bumi ini dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Tugas ini disebut dalam istilah Al-Quran sebagai “Khalifah”. Allah berfirman kepada para malaikat menjelaskan fungsi dan peranan pencipta Adam a,s dan anak cucu cicitnya.








“ Sesungguhnya aku jadikan Adam diatas muka bumi sebagai Khalifah” (surah al-baqarah :30)

Imam al-mawardi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan tugas kekhalifahan ialah mendirikan agama Allah diatas muka bumi dan mentadbir muka bumi berpandukan agama Allah. Jadi mengapa sistem sekular juga yang kita pertahankan ?

“ Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada kepadaku”. (surah al-Dhariyat : 56)

Oleh itu kita perlu yakin dan berusaha agar negara dan tamadun yang dibina mestilah berpandukan al-quran dan sunnah dan jangan sekali-kali menggunakan akal dan nafsu semata-mata jika tidak kita sebenarnya menempah kehancuran bagi negara dan tamadun yang dibina, Allah berfirman …

“ Kerosakan berlaku di daratan dan lautan kerana hasil usaha tangan-tangan manusia “ (Surah al-rum : 41)

Jika kita perhatikan umat-umat terdahulu seperti kaum ‘Ad, Thamud, Firaun, Tamadun Babylon, Mesopotamia dan sebagainya. Mereka telah membina tamadun materials yang begitu hebat. Hasil ciptaan yang begitu canggih dan disejarahkan sehingga ada yang diiktiraf sebagai lapan perkara ajaib didunia seperti pyramid dan taman tergantung Babylon. Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa tamadun itu dimusnahkan ?

Ini adalah kerana keingkaran kepada peraturan Allah. Hukum hakam Allah diketepikan, cara hidup para rasul dan nabi yang diutus oleh Allah di belakangkan. Manusia mempertuhankan akal dan nafsu. Mengagungkan undang-undang ciptaan manusia dan bermegah dengan keindahan dunia yang palsu.
Sememangnya akal dan wahyu tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan akan berlakulah kebinasaan dan kehancuran sesebuah masyarakat, negara dan tamadun.