Thursday, March 5, 2009

Masyarakat Jahilliah Moden Di Malaysia

Masyarakat Jahilliah Moden Di Malaysia

Bunyinya agak kasar tetapi itulah hakikat kebenaran yang perlu diakui. Masyarakat jahilliah moden bukan sahaja di Malaysia dan disebahagian dunia juga.

Jahilliah dari segi kepercayaan keyakinan dan perasaan ialah menolak tidak mahu menerima petunjuk Allah dan percaya kepada Nya. Dari segi susunan peraturan dan perjalanan ialah menolak tak mahu menerima peraturan susunan hukuman yang diturunkan.

Amalan jahilliah terus diamalkan dengan berkiblatkan kan barat dan undang-undang ciptaan manusia yang diterajui oleh orang-orang yang ingkar dengan perintah Allah.
Kejadian samun, rogol dan samseng menjadi rutin berita diakhbar-akhbar. Seks bebas menjadi satu amalan yang tidak dapat dibendung lantaran tuntutan nafsu dan keinginan. Pembunuhan dan pembuangan anak seperti tidak menjadi satu kesalahan. Yang berkuasa menindas yang lemah. Dimanakah perginya ketakutan manusia kepada undang-undang sekular sekarang ?. Dimanakah keberkesanannya ?.

Surah Al maidah ayat 50 yang beerti Adakah mereka mahu hukuman jahilliah ? Siapakah yang baik hu

kuman daripada Allah bagi kaum yang yakin (percaya).

Dari keyakinan dan amalan inilah dapat ditentukan sejauh mana jahilliahnya sesebuah masyarakat. Amat dikesali apabila umat islam sendiri kurang keyakinan dengan undang-undang Allah.


Abad yang mengagung-agungkan dengan kemodenan dan kemajuan. Berpendidikan tinggi dalam kajian-kajian sains dan teknologi, pakar ekonomi serta perundangan. Maka lahirlah pemimpim-pemimpim dan professional-professional yang gah dengan ilmu dunia tetapi tandus dan kering dengan ilmu islam yang sempurna. Apabila tunjang pemikiran terpesong maka lahirlah masyarakat atau ganerasi jahilliah yang akan membinasakan masyarakat dan ganerasi sendiri.

Sebagai muslim dan mukminmarilah kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab kita agar kejahillan yang diwarisi ditukar dan diubah. Kita semai keyakinan islam yang tinggi kepada generasi baru dan lama agar pemimpin dan professional yang lahir boleh melaungkan ” TIADA HUKUM DAN PERUNDANGAN YANG SEBENAR-BENARNYA SELAIN AL-QURAN DAN SUNNAH ” .

Surah ali-imran ayat 110 bermaksud ” kamu (wahai umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia seluruhnya, (kerana) kamu melaksanakan Amru-makruf dan mencegah kemungkaran serta kamu pula beriman dengan Allah (dengan sebenar-benar iman) ”.

Kejahillan dan keraguan tentang kemampuan sistem islam berpunca daripada mendalamnya sistem pendidikan sekular yang telah memisahkan agama dengan negara. Memberatkan dunia dan kemodenan daripada kefahaman tentang islam dan iman.

1 comment: