MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI
Didalam menjalani atau meniti kehidupan, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pemilihan SAHABAT atau KAWAN yang rapat. Ini kerana sahabat akan mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebagai contoh yang mudah sekiranya kita berkawan dengan perokok maka sedikit sebanyak kesan dari keburukan merokok akan di perolehi dan mungkin kita juga menjadi perokok. Sekiranya kita berkawan dengan ulama atau ilmuan mungkin kita akan dapat manafaat ilmu nya setidak-tidaknya keberkatan amalan nya.
Kalimat Melayu ada menyatakan “ Kawan Biar Seribu, Kekasih Biar Satu”. Didalam Islam kita digalakkan menyambung silaturrahim sesama islam tetapi kita perlu teliti dan tegas dalam memilih sahabat dan kawan. Ini kerana sahabat yang baik akan dapat mendoakan kesejahteraan sahabatnya dan sahabat munafik menarik kearah neraka.
H R Al-Hakim
” Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan Sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya ”.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang yang boleh membimbing dan membawa kearah kebaikan serta menambah keyakinan kita kepada Allah. Maka berhati-hatilah memilih sahabat. Jenis sahabat yang perlu di jauhi ;
1) Yang mempunyai sifat tamak
- pentingkan diri, banyak meminta daripada memberi serta kedekut.
2) Yang suka kepada perkara lara
- Menyukai keseronokan dunia seperti hiburan yang melalaikan, berpesta, membuang masa melepak dan merayau
3) Yang mengamalkan sifat boros
- Orang yang suka membazir itu adalah sahabat syitan
4) Yang suka mengampu dan hipokrit
- Sikap mengampu adalah sifat yang suka berpura-pura. Berkata Baik didepan dan
mengutuk dibelakang.
5) Yang suka kepada kemungkaran
- Menolak al quran dan sunnah rasullullah.
H R al-Bhukhari yang bermaksud ; Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.
Disebalik memilih sahabat kita perlu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Kadangkala kita mengharap yang terbaik tetapi kita tidak lakukan yang terbaik. Untuk menjadi sahabat yang baik kita perlu :
1) Melindungi sahabat yang berbakti kepada kita
2) Membalas balik persahabatan dengan ikhlas jika dia ingin bersahabat dengan mu
3) Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan bantuan
4) Menerima dengan baik jika sahabatmu menhulurkan kebaikan
5) Menghargai atau menyebut kebaikan sahabatmu
6) Menutup keburukan sahabatmu
7) Menayakan kesusahan sahabatmu jika dia berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
8) Meringankan kesusahan sahabatmu Jika datang sesuatu bencana menimpa nya
9) Membenarkan perkara yang benar dan menegur dengan bijak perkara yang salah
10) Membantu sahabatmu jika ia merancang sesuatu untuk kebaikan.
11) Lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
12) Membantunya menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13) Mendorongnya mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sepotong hadis rasullullah s.a.w menyebut “ Barang siapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”.
Marilah kita cuba berusaha mengubah diri agar Islam Terus gemilang.
Buat semua sahabat ku..........Anda adalah sahabat yang sejati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syukran jazilan ya en. dait..
ReplyDelete