Wednesday, March 11, 2009

MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI

MENCARI DAN MENJADI SAHABAT SEJATI

Didalam menjalani atau meniti kehidupan, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pemilihan SAHABAT atau KAWAN yang rapat. Ini kerana sahabat akan mempengaruhi dan dipengaruhi. Sebagai contoh yang mudah sekiranya kita berkawan dengan perokok maka sedikit sebanyak kesan dari keburukan merokok akan di perolehi dan mungkin kita juga menjadi perokok. Sekiranya kita berkawan dengan ulama atau ilmuan mungkin kita akan dapat manafaat ilmu nya setidak-tidaknya keberkatan amalan nya.

Kalimat Melayu ada menyatakan “ Kawan Biar Seribu, Kekasih Biar Satu”. Didalam Islam kita digalakkan menyambung silaturrahim sesama islam tetapi kita perlu teliti dan tegas dalam memilih sahabat dan kawan. Ini kerana sahabat yang baik akan dapat mendoakan kesejahteraan sahabatnya dan sahabat munafik menarik kearah neraka.

H R Al-Hakim

Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan Sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya ”.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang yang boleh membimbing dan membawa kearah kebaikan serta menambah keyakinan kita kepada Allah. Maka berhati-hatilah memilih sahabat. Jenis sahabat yang perlu di jauhi ;

1) Yang mempunyai sifat tamak
- pentingkan diri, banyak meminta daripada memberi serta kedekut.
2) Yang suka kepada perkara lara
- Menyukai keseronokan dunia seperti hiburan yang melalaikan, berpesta, membuang masa melepak dan merayau
3) Yang mengamalkan sifat boros
- Orang yang suka membazir itu adalah sahabat syitan
4) Yang suka mengampu dan hipokrit
- Sikap mengampu adalah sifat yang suka berpura-pura. Berkata Baik didepan dan
mengutuk dibelakang.
5) Yang suka kepada kemungkaran
- Menolak al quran dan sunnah rasullullah.



H R al-Bhukhari yang bermaksud ; Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya seperti mana ia kasih kepada dirinya sendiri.

Disebalik memilih sahabat kita perlu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita. Kadangkala kita mengharap yang terbaik tetapi kita tidak lakukan yang terbaik. Untuk menjadi sahabat yang baik kita perlu :



1) Melindungi sahabat yang berbakti kepada kita
2) Membalas balik persahabatan dengan ikhlas jika dia ingin bersahabat dengan mu
3) Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukan bantuan
4) Menerima dengan baik jika sahabatmu menhulurkan kebaikan
5) Menghargai atau menyebut kebaikan sahabatmu
6) Menutup keburukan sahabatmu
7) Menayakan kesusahan sahabatmu jika dia berdiam diri (kerana malu hendak meminta),
8) Meringankan kesusahan sahabatmu Jika datang sesuatu bencana menimpa nya
9) Membenarkan perkara yang benar dan menegur dengan bijak perkara yang salah
10) Membantu sahabatmu jika ia merancang sesuatu untuk kebaikan.
11) Lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
12) Membantunya menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13) Mendorongnya mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sepotong hadis rasullullah s.a.w menyebut “ Barang siapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”.

Marilah kita cuba berusaha mengubah diri agar Islam Terus gemilang.



Buat semua sahabat ku..........Anda adalah sahabat yang sejati.

Thursday, March 5, 2009

Masyarakat Jahilliah Moden Di Malaysia

Masyarakat Jahilliah Moden Di Malaysia

Bunyinya agak kasar tetapi itulah hakikat kebenaran yang perlu diakui. Masyarakat jahilliah moden bukan sahaja di Malaysia dan disebahagian dunia juga.

Jahilliah dari segi kepercayaan keyakinan dan perasaan ialah menolak tidak mahu menerima petunjuk Allah dan percaya kepada Nya. Dari segi susunan peraturan dan perjalanan ialah menolak tak mahu menerima peraturan susunan hukuman yang diturunkan.

Amalan jahilliah terus diamalkan dengan berkiblatkan kan barat dan undang-undang ciptaan manusia yang diterajui oleh orang-orang yang ingkar dengan perintah Allah.
Kejadian samun, rogol dan samseng menjadi rutin berita diakhbar-akhbar. Seks bebas menjadi satu amalan yang tidak dapat dibendung lantaran tuntutan nafsu dan keinginan. Pembunuhan dan pembuangan anak seperti tidak menjadi satu kesalahan. Yang berkuasa menindas yang lemah. Dimanakah perginya ketakutan manusia kepada undang-undang sekular sekarang ?. Dimanakah keberkesanannya ?.

Surah Al maidah ayat 50 yang beerti Adakah mereka mahu hukuman jahilliah ? Siapakah yang baik hu

kuman daripada Allah bagi kaum yang yakin (percaya).

Dari keyakinan dan amalan inilah dapat ditentukan sejauh mana jahilliahnya sesebuah masyarakat. Amat dikesali apabila umat islam sendiri kurang keyakinan dengan undang-undang Allah.


Abad yang mengagung-agungkan dengan kemodenan dan kemajuan. Berpendidikan tinggi dalam kajian-kajian sains dan teknologi, pakar ekonomi serta perundangan. Maka lahirlah pemimpim-pemimpim dan professional-professional yang gah dengan ilmu dunia tetapi tandus dan kering dengan ilmu islam yang sempurna. Apabila tunjang pemikiran terpesong maka lahirlah masyarakat atau ganerasi jahilliah yang akan membinasakan masyarakat dan ganerasi sendiri.

Sebagai muslim dan mukminmarilah kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab kita agar kejahillan yang diwarisi ditukar dan diubah. Kita semai keyakinan islam yang tinggi kepada generasi baru dan lama agar pemimpin dan professional yang lahir boleh melaungkan ” TIADA HUKUM DAN PERUNDANGAN YANG SEBENAR-BENARNYA SELAIN AL-QURAN DAN SUNNAH ” .

Surah ali-imran ayat 110 bermaksud ” kamu (wahai umat muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia seluruhnya, (kerana) kamu melaksanakan Amru-makruf dan mencegah kemungkaran serta kamu pula beriman dengan Allah (dengan sebenar-benar iman) ”.

Kejahillan dan keraguan tentang kemampuan sistem islam berpunca daripada mendalamnya sistem pendidikan sekular yang telah memisahkan agama dengan negara. Memberatkan dunia dan kemodenan daripada kefahaman tentang islam dan iman.

Monday, March 2, 2009

Unobedient Leader Will Lead To Destruction

Pemimpin Yang Ingkar Membawa Kepada Kebinasaan

Setiap manusia atau khalifah dimuka bumi mempunyai tanggungjawab dalam kepimpinan. Pemerintah adalah pemimpin bagi sesebuah negara, bapa adalah pemimpim bagi keluarga, Ibu pemimpin bagi anak2, lelaki pemimpin bagi wanita, guru pemimpim bagi murid, abang pemimpin bagi adik dan banyak lagi.

أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَاْلإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemim pinan nya, maka Imaam yang memimpin manusia adalah pemimpin akan ditanya tentang kepemimpi nannya, dan seorang laki-laki (suami) adalah pemimpin atas keluarga rumah tangganya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya, dan perem puan (isteri) adalah pemimpin atas harta suaminya dan anaknya dan dia akan ditanya tentang kepe mimpinannya, dan seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan akan ditanya tentang kepemimpinannya. Ketahuilah maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepemimpinannya.” (HR.Al Bukhari dari Ibnu Umar, Shahih Al-Bukhari dalam Kitabul Ahkam: IX/77, Muslim, Shahih Muslim:II/125, Abu Dawud, Sunan Abu Dawud:II/130 dan At-Tirmidzi, Sunan At-Tirmidzi: IV/180. Lafadz Al-Bukhari)

Seorang kawan saya (non muslim) bertanya, “Kenapakah kita diciptakan didunia ini ?” satu persoalan yang sepatutnya semua muslim dan mukmin perlu tahu jawapannya. Tidak kira sama ada kita anak kepada raja, sultan, pemerintah, rakyat biasa, orang kaya atau miskin…asalkan kita bergelar manusia, kita telah diberi amanah oleh Allah untuk menguruskan kehidupan diatas muka bumi ini dengan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Tugas ini disebut dalam istilah Al-Quran sebagai “Khalifah”. Allah berfirman kepada para malaikat menjelaskan fungsi dan peranan pencipta Adam a,s dan anak cucu cicitnya.








“ Sesungguhnya aku jadikan Adam diatas muka bumi sebagai Khalifah” (surah al-baqarah :30)

Imam al-mawardi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan tugas kekhalifahan ialah mendirikan agama Allah diatas muka bumi dan mentadbir muka bumi berpandukan agama Allah. Jadi mengapa sistem sekular juga yang kita pertahankan ?

“ Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada kepadaku”. (surah al-Dhariyat : 56)

Oleh itu kita perlu yakin dan berusaha agar negara dan tamadun yang dibina mestilah berpandukan al-quran dan sunnah dan jangan sekali-kali menggunakan akal dan nafsu semata-mata jika tidak kita sebenarnya menempah kehancuran bagi negara dan tamadun yang dibina, Allah berfirman …

“ Kerosakan berlaku di daratan dan lautan kerana hasil usaha tangan-tangan manusia “ (Surah al-rum : 41)

Jika kita perhatikan umat-umat terdahulu seperti kaum ‘Ad, Thamud, Firaun, Tamadun Babylon, Mesopotamia dan sebagainya. Mereka telah membina tamadun materials yang begitu hebat. Hasil ciptaan yang begitu canggih dan disejarahkan sehingga ada yang diiktiraf sebagai lapan perkara ajaib didunia seperti pyramid dan taman tergantung Babylon. Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa tamadun itu dimusnahkan ?

Ini adalah kerana keingkaran kepada peraturan Allah. Hukum hakam Allah diketepikan, cara hidup para rasul dan nabi yang diutus oleh Allah di belakangkan. Manusia mempertuhankan akal dan nafsu. Mengagungkan undang-undang ciptaan manusia dan bermegah dengan keindahan dunia yang palsu.
Sememangnya akal dan wahyu tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan akan berlakulah kebinasaan dan kehancuran sesebuah masyarakat, negara dan tamadun.








Monday, February 23, 2009

"Muslim Law And The Moden - Day Women " Satu Pemesongan Akidah


Saya terpanggil utk membincangkan satu artikel di dalam New Straits Times Friday, Febuary 13, 2009 yang telah diberi oleh kawan non-muslim kepada saya dan bertanyakan perihal artikel tersebut.

Bayangkan berapa banyak tanggapan dan taksiran daripada pembaca telah dibuat apabila golongan yang mengaku memperjuangkan kebebasan ini secara berani, terang dan lantang ingin hukum yang telah ditetapkan didalam al quran dikaji semula. Dimana pihak-pihak yang mempunyai kuasa dalam membendung masalah ini.

Golongan - golongan liberal ini semakin menunjukkan taring dan berusaha gigih ingin mentafsir al quran dan hadis konon nya menurut kehendak zaman dan masa dan berjuang atas tiket kebebasan. Siapalah mereka jika dibandingkan dengan ulama-ulama dan Imam-Imam tersohor daripada dahulu sehingga sekarang yang tetap teguh dengan alquran dan sunnah.

Sesungguhnya islam itu sudah sempurna, tidak perlu dikaji atau ditafsir semula. Ianya relevan pada setiap masa dan zaman


اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلاِسْلاَمَ دِيْنًا.
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redai Islam menjadi agamamu".
AL MAIDAH,5:3.


Daripada artikel tersebut antara perkara yang diperjuangkan adalah hak kesamarataan wanita dan perlunya penghapusan poligami. Ingatlah manusia dijadikan oleh Allah. Dial ah maha mengatahui akan fitrah manusia.

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan dari perintah kami (Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya) maka amalan itu tertolak".
H/R Muslim.

مَنْ اَحْدَثَ فِىْ اَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌَّ. رواه البخارى ومسلم.
"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini sedangkan ia bukan (dari kami) maka ia tertolak".
H/R Bukhari dan Muslim


Ingin saya menyentuh sedikit tentang berpoligami. Sememangnya betul dan jelas bahawa tanggungjawab untuk berpoligami adalah berat. Tanggungjawab itu sama beratnya jika ber monogami. Tetapi janganlah kerana segolongan lelaki yang ”take granted” dan takbertanggungjawab maka hukum itu perlu ditolak dan dikatakan tidak sesuai. Jika kita lihat berapa banyak lelaki ber monogami yang ”take grante” atau tidak bertanggungjawab adakah ini bermaksud monogami juga ditolak maka undang-undang jenis apa yang ingin kita laksanakan. Undang-undang barat ? yang menhalalkan perhubungan tanpa kahwin...gay...lesbian...bebas. Ini lah sebenarnya yang dimahukan oleh golongan liberal.

Ini lah antara perkara yang perlu kita renungkan dan marilah kita sama-sama berusaha mengembalikan syiar Islam yang cemerlang dan gemilang.

Friday, February 20, 2009

Live A Life That Matters


Ready or not, someday it will all come to an end.
There will be no more sunrises, no minutes, hours or days.
All the things you collected, whether treasured or forgotten, will pass to someone else.
Your wealth, fame and temporal power will shrivel to irrelevance.



It will not matter what you owned or what you were owed.
Your grudges, resentments, frustrations, and jealousies will finally disappear.
So, too, your hopes, ambitions, plans, and to-do lists will expire.




The wins and losses that once seemed so important will fade away.
It won't matter where you came from, or on what side of the tracks you lived, at the end.
It won't matter whether you were beautiful or brilliant

Even your gender and skin color will be irrelevant.
So what will matter? How will the value of your days be measured?



What will matter is not what you bought, but what you built; not what you got, but what you gave.
What will matter is not your success, but your significance.
What will matter is not what you learned, but what you taught.
What will matter is every act of integrity, compassion, courage or sacrifice that enriched, empowered or encouraged others to emulate your example.

What will matter is not your competence, but your character.
What will matter is not how many people you knew, but how many will feel a lasting loss when you're gone.


What will matter is not your memories, but the memories that live in those who loved you.
What will matter is how long you will be remembered, by whom and for what.


Living a life that matters doesn't happen by accident. It's not a matter of circumstance but of choice.
Choose to live a life that matters.

Tuesday, February 17, 2009

Kecantikan dan kekacakan

Memiliki kecantikan dan kelihatan kacak merupakan sifat semulajadi manusia. Seringkali kehendak dan keinginan ini menjadikan manusia hilang kewarasan dan arah dalam mencari erti kehidupan sebenar.

Cantik dan kacak sebenarnya bersifat subjektif. Seseorang lelaki yang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin begitu cantik pada pandangan lelaki yang lain. Begitu jugak lelaki yang kurang tampan dan kacak dalam pandangan mata seorang wanita, mungkin kelihatan kacak pada pandangan mata wanita lain. Ini adalah fitrah manusia dan ianya memang tidak menyalahi sifat kemanusiaan untuk memilih.

Tetapi didalam islam terdapat garis panduan untuk memilih agar matlamat akhir adalah kebahagian, bukan sahaja didunia tetapi di akhirat. Ini adalah kerana kecantikan dan kekacakan adalah pinjaman semantara untuk manusia. Apabila kita tua maka hilanglah segala kebanggaan tentang kecantikan dan kekacakan yang di jaja di kala muda. Apabila ditimpa musibah seperti kecederaan akibat kebakaran, kemalangan, penggunaan produk yang salah maka segala nikmat yang dibanggakan akan hilang. Justeru itu memilihlah dengan berlandaskan sabda Rasullullah s.a.w,

“ Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Begitu juga dengan lelaki yang sepatutnya mempunyai asas ugama yang kukuh untuk memimpin isteri dan anak-anaknya.”

Namun dikala ini, matlamat hidup sebagai khalifah di bumi ini semakin hilang….hilang dikaburi dengan kemewahan, keseronokan dan kelalaian. Wanita dan lelaki bekerja keras untuk memiliki dan dilihat “cantik” dan “kacak”. Perlu berbelanja besar dan sanggup membuat pembedahan demi untuk memuaskan nafsu keinginan dan hanya memikirkan tentang pandangan orang lain terhadap dirinya sendiri. Mengapa perlu menyiksa diri, jiwa dan fizikal ?.

Ingatlah manusia tidak akan dapat dipuaskan dan pujian manusia tidak akan memberi apa-apa jaminan dan keuntungan. Janganlah menjadi hamba untuk mencari pujian kerana Allah hanya menilai amalan mu dan apa tangungjawab yang telah kamu lakukan.

” Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang pimpinannya. ”

Sedarlah.... kecantikan dan kekacakan itu adalah milik Allah. Segala puji bagi Allah yang mengurniakannya kepada kita. Kita telah diciptakan sempurna maka gunakan masa yang ada untuk mencari KEREDAAN ALLAH.
Sabda Rasullullah S.A.W
" Sesiapa yang mencari keredhaan manusia diatas kemurkaan Allah SWT;
mintalah kepada manusia itu. dan barangsiapa yang mencari keredhaan Allah SWT, diatas
kemarahan manusia, cukuplah Allah SWT baginya sebagai penolong."

Monday, February 9, 2009

SELUAR LONDEH & PAKAIAN SEKSI


Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAWsecara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut.
Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanyadisunatkan sahaja.

Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.
Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.





Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?
"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.
Sebab itu jugakita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.
Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.
Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.
Sabda nabi SAW :

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.
"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"
Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengannafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan'untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je,berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.
Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.
Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.



Petikan dan ulasan dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman